About Me

cukuplah ALLAH bgku, ingatlah yg kekal adalh dunia akirat!

Tuesday, December 27, 2011

Beberapa detik lagi..

Happy New Year 2012

"Moga ia menjadi tahun yg penuh dengan kejutan dan kebahagiaan..Insyallah".

Thursday, December 22, 2011

Mahukah kamu???..(mcm penting ja)

En: Kenapa impian aku selalu ja tak terpacai ?

Pn: Barangkali kali kamu tak jelaskan iimpian itu kot?

En: Entah rasanya semua aku dh rancangkan lepas satu, satu untk dilakukan?

Pn: Betul lah tu tp kamu lack of something iaitu tiada tarikh atau lebih tepat waktu yg jelas untk mencapainya? Matlamat kita harus jelas baru nampak ada usaha itu.

En: Ya itulah yg aku terlupa..huhu..terima kasih ya atas nasihat itu.

Ketahuilah matlamat tidak menghalalkan cara. Terkadang kita sudah berdoa dan usaha yg betul bagi mencapai matlamat kita tp doa kita masih belum dikabulkan Allah mgkn kita perlu check semula ttg makanan yg kita makan kerana ianya adalah faktor yg akan menyebabkan doa kita tertolak. Pilihlah yg halal lagi baik dlm pemilihan makanan..Insyallah bukan kita sahaja dipelihara Allah malah zuriat kita juga mendapat pemeliharaan Allah biarpun kita sudah tiada di dunia ini.

Sebenarnya kepercayaan menentukan sikap kita, nak berubah kena pilih jalan yg baik dan tinggalkan benda2 syubhah(meragukan) dari semua aspek kehidupan kita.

Mari lakukan transformasi diri ke arah 'Fastabikul Khairat' iaitu berlumba-lumba kearah yg baik. Tolong orang itu baik, solat itu baik (peliharalah solat), berkata benar/jujur itu baik, mengambil hati kawan-kawan itu baik, buang sampah di tempat yg sesuai itu baik dan sebagainya.

Monday, December 19, 2011

be +ve


wah..wah..wah..apa yg nk disebutkan ialah peranan lelaki dan perempuan dalam keluarga..


Disebalik ketidak pedulian lelaki sewaktu anak mereka merengek di waktu malam dengan kesusahan yg bakal mereka tempuhi kelak..

Memang benar Islam itu cara hidup yg sempurna dan adil , kenapa berkata begitu???..
sebabnya tidak lain tidak bukan slp byk perkara terjadi dalam kehidupanku, aku memandang hikmah sbg seorang perempuan, perempuan mmg mudah untk masuk ke syurga dan berat bg seorg lelaki untk masuk ke syurga. Ini kerana ruang lingkup perempuan terbatas dalam keluarganya sahaja iaitu ketaatannya kepada ibu bapa ketika belum lg kahwin kemudian beralih kepada suami sahaja apabila dh kahwin kelak.

Berat bagi lelaki kerana dia akan dipertanggungjawabkan keatas apa yg terjadi pada keluarganya tidak kira dh berkahwin ataupun belum lg berkahwin...malah lebih berat ingkan apabila dia asyik saja mementingkan dirinya tanpa mempedulikan org sekelilingnya...skrg byk sungguh para suami dan lelaki malas bekerja cuma mengharapkan isteri2 mereka berusaha berhempas pulas mencari nafkah untk keluarga. Para perempuan pula sudah hilang kepercayaan pd org lelaki...mcm mana ini makin terjadi???

Solusinya kita balik kepada sebuah kisah yg menukilkan betapa indahnya ISLAM...
Sewaktu kecil ibulah yg banyak berjasa kepada diri seseorg itu, mlm nya si ibu akan lekas2 bangun bla saja si anak menangis dan si bapa pula boleh tido tanpa terganggu sedikit pun..mgkn ketika itu si isteri agak kecewa kerana kenapa hanya dia seorg saja perlu bertungkus lumus..hanya dia seorg saja..alone and lonely. Ketika suami isteri itu telah semakin berumur ketika itulah Allah membayar pengorbanan si ibu dengan dikurniakan seorg anak yg boleh diharap manakala si ayah pula perlu berhempas pulas menjaga ibu bapanya sendiri yg telah uzur tanpa sedikit pun mengharapkan menantu. si bapa yg mudanya hidup senang lenang tp bla dh tua perlu memeyahkan dirinya manakala si ibu yg susah ketika mudanya dianugerahkan kesenangan yg tak terucap ketika tuanya..

Tidakkah perempuan2 di luar sana yg bergelar ibu teruja dengan sedikit anugerah Allah untk para wanita dan Allah juga memberi penghargaan kepada para suami dan lelaki di luar sana dengan memberikan mereka hak untk menjadi pemimpin dan ketua. Ini adalah satu anugerah yg istimewa untk kaum adam kerana ianya kepercayaan yg Allah berikan sebagai tuhan semestar alam kepada mereka para lelaki dan suami..

Mafhum firman Allah yg bermaksud," berbuat baik lah kepada kedua ibu bapamu".

Saturday, December 17, 2011

People: learning english in the best ways..syok!

 
when people start learning english ...herm, that a good job bro!

Sunday, December 11, 2011

Fenomena 'Ustaz' dan 'Bomoh'

Ini bukan persoalan atau sindiran mahupun teguran tapi ini sekadar suatu suara dan pandangan individu..mungkin jg sesuai untk kita fikir-fikirkan..

Di Malaysia, fenomenanya ustaz yang balik dari negara-negara arab kebanyakkan mereka memilih menjadi ustaz bomoh mengubat orang menggunakan pengantaraan. Mengapa??? sekiranya ramai yang begini siapa yg akan memenuhkan masjid2 atau majlis2 ilmu yg semakin hari semakin kurang orang2 memakmurkannya. Yang bagusnya, rata-rata mereka yg bukan dari kelulusan agama turun padang menggantikan tugas berdakwah yg terkenal seperti Ust Azhar Idrus, beliau bukan kelulusan agama pun dan mengaji sek ren dan men aliran inggeris

TAPI...
Itu la nk berdakwah tak semestinya nk kena ada ijazah usuluddin bru nk ajak org mengenal Allah..cukup sekadar kita menuntut ilmu akhirat dan sampaikan kpd semua org..itu ja. Dakwah itu sendiri bermaksud mengajak manusia kpd Allah. Biarpun kesalahan dan kesilapan yg kita buat itu besaq..pintu taubat sentiasa terbuka luas untk kita.

Any problems turns to Allah...Allah sebaik-baik tempat mengadu because Allah knows every single things happened to us.

Wassalam.

Monday, December 5, 2011

Tawakkal itu indah


Allah melihat kepada usaha-usaha setiap hamba-hambaNya dan manusia sentiasa melihat kepada hasilnya.

Pandangan Allah adalah kepada hati kita, manakala pandangan manusia pada pisikal seseorang itu. Ini menunjukkan adilnya Allah kepada setiap manusia.

Kisahnya bermula apabila seorang kakak yg aku kenali sbg seorang sabar mana tak nya semua orang berlumba-lumba nk graduate awal sbb dh 4 tahun belajar terasa sgt lama tapi dia...

seorang yang bersungguh-sungguh untk menuntut ilmu di saat akhir semester sebagai pelajar tahun akhir tiba-tiba mengubah jurusan yang dipilihnya dari jurusan teknology dan komunikasi ke jurusan ketamadunan Islam. Subhanallah..tawakalnya pada Allah kelihatan lg apabila semua rakan-rakan sebayanya sudah setahun setengah menjawat pelbagai jawatan tp dia berfikiran..kepuasan mendalami ilmu itu lebih penting dan perlu diutamakan.

Malah lebih dari itu, dia sentiasa sabar dengan hidupnya apabila adik2nya telah lebih dahulu mengakhiri zaman bujang mereka tp dia seperti tiada siapa yg mahu kerana umurnya yg dh meningkat, sukar nk digambarkan bagaimana perasaannya pd waktu itu. Dia berusaha mencari kehidupannya dan pelbagai ujian ditempuhnya tp dia tetap cool. 

Tempat yg dihuninya begitu sederhana dan kerap kali aku terpandang kertas perancangannya sepanjang satu semester tidak terkecuali perancangan untk dia berkawin. walaupun pada ketika itu dia masih single tp keyakinan dan sabarnya dia dengan Ujian drp Allah mengingatkan ttg Allah melinat kpd usaha seeorang dan tidak pada hasilnya kerana hasil sesuatu usaha itu adalah kerja dan hak Allah.

Yang penting skali disaat dia betul2 habis exam paper akhir sbg pelajar tahun akhir, dia telah dilamar oleh seorang lelaki yg tidak dikenali tetapi mereka dlm kuliyah yang sama (dah macam novel plak tp inilah realiti hidup semuanya menuju Allah sbg tuhan yg disembah).

Saat yang ditunggu telah tiba iaitu beliau telah berkahwin tapi sblm menemui jodoh pelbagai cara dilakukanya termasuk beliau sendiri merisik lelaki yg beriman untk mengambilnya menjadi isteri, berjumpa ustaz dan ustazah di dlm usrahnya dan dikalangan ustaz dan ustazah itu bukanlah calang2 orang dan ada diantara mereka yg dijumpainya dikalangan ilmu yg acapkali muncul dikaca television sbg penceramah. Tup..tup dipertengahan pencariannya beliau telah Allah pilih untk beremu dengan lelaki yg lebih kurang sptnya melalui facebook dan lelaki itu seorang journalist dan bakal menjadi pensyarah di bumi universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Dia adalah perempuan yg bahagia kerana kesabarannya menghasilkan impian yg menjadi kenyataan dari jalan-jalan yg tidak disangka. Wallahua'lam.

Monday, November 28, 2011

1233 Hijri / 2012..
Niat baru,
azam baru, 
langkah yg baru,
perancangan yg baru,...kearah mencapai keredhaan Allah...Insyallah. 
 sudah lama rasanya tak mengemaskini blog nie..
banyak permintaan untk brg kosmetik HPA..sy mencadangkan yg betul2 berminat untk membeli bleh msgkan produk yg anda minat dan insyallah sy cuba menghantarnya secepat mgkn selepas menerina wang pendahuluan. Harap maklum. 

Sunday, August 28, 2011

kisah baru..

               10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN 
                                          &  
                              AIDILFITRI

Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah..syukur..gembira..

satu dr beberapa impianku sudah menjadi kenyataan..syukur..syukur..syukur ya Allah..

aku akan berusaha untk dptkan yg lain seterusnya..

murah rezeki itu yg ada dlm fikiranku skrg aku dipanggil untuk temuduga sekolah menengah swasta dlm seminggu nie..sukar betoi nk buat pilihan satu sek kat kajang satu lg d sungai petani..yg penting aku perlu menilai sesuatu itu mengikut sudut pandangan agama bru rasa kebahagiaan dengannya..

Akhirnya aku sudah membuat pilihan ..sudah ditawarkan keja sbg guru sek men di sg Petani..alhamdulillah dan takziah jg pd diri sbb beban dan amanah yg perlu dijaga plak lps nie. 

Sunday, July 24, 2011

Gempaq..

     Kejadian ini berlaku kelmarin apabila aku bangun dr nap..suasana yg td nya kurasakan panas tiba2 menjadi seakan-akan keadaan seperti hari kiamat yg semakin hampir..kebetula ketika itu imam di surau dekat dgn rumahku sedang membaca doa slps solat. Gehana kah skrg ini yg dpt aku fikirkan ketika itu..apa taknya banyak gerhana berlaku mukhtahir ini setahun smp 3 kali gerhana seingat aku..

    Jumaat yg lps plak aku tgk tv oasis kutbah jumaat di masjidil Haram, imam mengingatkan ummat ttg kedatangan dajjal di akhir zaman ini. Banyak sudah peringatan di berikan ulamak-ulamak kebelakangan ini..kedatangan dajal membawa suatu fitnah besar kpd orang Islam..

   Adakah kita sudah beriman dan bertaqwa..mampukah kita nk menghadapi fitnah sebesar ini, tiada siapa yg tahu tp sebagai peringatan kita telah diberitahu akan kepentingan doa kerana doa ialah senjata orang-orang mukmin..persoalan nya bagaimana doa kita akan dimakbulkan sedangkan kita masih lagi mkn benda2 yang dikhuatiri kehalalannya..mmg la setiap sesuatu itu hukumnya harus tapi adakah kita hanya melihat fenomina skrg yg mana sumber mknana org islam dibuat oleh tangan-tangan org kafir..mungkinkah org2 kafir hendak memikirkan kehalalan sesuatu mknan itu..jawapanya sudah tentulah org2 kafir ini berfikir'ada aku kisah'...

      Nak atau tidak kita kena ambil peduli semua ini baru lah bleh selamatkan iman dan moga2 doa kita kan dimakbulkan oleh Allah..

      Marilah kita jadi orang Islam yg prihatin sesungguhnya kita ini adalah ummat diakhir zaman yg byk cabaran perlu dihadapi..moga2 kita ummat Islam menjaga perkara2 yg wajib iaitu memilih makanan yg halal wa tayyiban..halal saja xcukup..akhir kalam maa taufik wa najah.

Friday, July 22, 2011

Nanny 911

erm..seronok rsanya mcm nk blajar lebih bnyk ttg psikologi kanak-kanak lps menonton dokumentari dari ntv7 nie..mmg xb'ganjak la bla dh tengok

Apa yg syok sgt ? nak tau baca catatan ini smp hbs..k

mcm nie ceritanya nanny nie lebih kurang mcm pakar kaunseling untk parents that have trouble to control or to patron their children. The story make more interesting by keeping the routine happen again and again in order to detach what causes the situation had been occurred until at that time. Starting with one family that lost the control over her children under age 4-6 years old. Her husband left them to the mother because he is an army and because of that the mother has to play a big role as a mother as well as a father.

English plp biasanya diaorg terlatih with a tight schedule but unfortunately they are lack of sleeping time. Dalam pemerhatian sy kanak-kanak memerlukan masa tidor yg maximum mungkin supaya mereka ini tidak buat perangai tp dlm this shows jadualnya mereka mmg susah nk tidor mlm n siang nya mereka exhausted..so
 bla belaku perkara mcm nie mereka mula memberontak dgn mengeluarkn kata2 yg kotor, membaling barang, menjerit, menangis dan mmg teruk la perangai..moreover they are addicted to strawcup mcm botol la walaupun dh besar..kadang2 klu mereka xdpt apa yg diingini mereka pegi sndr ambl yg pastinya mesti tumpah la sbb air botol tu berat.

Fening..pening jg la nanny @ pakar tue nk uruskan yg sedihnya the mother mcm dh takut dgn anak mrk n lebih kurang mcm putus asa jg la dgn anak-anak dia. The important things in raising the children is never given up if not you tend to be mad. If that situation happen what shall we do?

Kanak-kanak yg mcm nie sbnrnya mereka tidak merasa ketenangan..the solutions are first, tenangkn mereka dgn suara yg paling romantik/slow, kadang kala ibu/bapa bleh nyanyi/nasyid dgn suara yg seminima mungkin sambil menyentuh/membelai kanak2 tersebut di bahagian perut/kepala ia dh cukup menenangkan..sometimes they should be penetrated by giving them panelties..rupa-rupanya kanak-kanak sangat termotivasi pengiraan number cukup sekadar 1 to 10. Amazing it works to them! klu kita yg muslim nie ada caranya dicadangkan bila sahaja keadaan nmpk kelam-kabut dengarkan ayat2 Al-Quran @ zikir yg menenangkan pasti xda problem.

Di dalam Islam aspek aqidah perlu diterapkan sejak kanak2 itu kecil lg..contohnya..
1) sentiasa ingatkn mrk ttg Allah
2) Ingatkan kanak-kanak ini mak/ayah sentiasa syg mrk dan ibu bapa perlu sentiasa disayangi dan dikasihani
3) Marahlah mrk sekiranya mereka melakukan kesalahan dgn memberitahu mereka kesalahan dan hukuman atas kesalahan tersebut cukup sekadar hukuman yg ringan untk elakkkan kanak2 ini takut untk mengaku kesalahan apabila mrk besar nanti.
4) Parents mesti dlm keadaan Istiqamah pd benda2 yg baik contohnya memuji kanak-kanak itu apabila mereka buat sesuatu yg baik

Semua tip yg diatas bukan mudah unuk melakukanya tp kena mulakan dgn yg ini dulu and the next tips will be continued next time. Wassalam.

Adakah dia..

Ia suatu yg tak diduga..suatu penantian dan suatu harapan barangkali, hampir setahun lamanya.. ianya bermula pd bulan Ramadhan tahun lps..moga2 Ramafhan thn ini membawa sinar baru dlm fasa kehidupanku..

Aku dlm sunyi ingin sekali ianya berlaku pd mlm di bulan Ramadhan..mungkinkah suatu yg istimewa akan berlaku..biarlah niatku betul...betulkan niat moga ada sinar baru...Amin. Sesekali mengimbau kenangan dulu tetiba aku teringat kembali bagaimana aku pd suatu hari terasa kehilangan ..ya..ianya suatu kehilangan ketika itu aku baru shj di sek ren..tetapi seorang demi seorg kawanku b'pindah meninggalkan aku..

Dunia seolah2 berhenti sekejap untk aku kemudian pelahan2 aku bangkit semula semuanya berlaku ketika aku di sek men..didikan agama telah memotivasikan aku ditambah dengan masalah org2 disekelilingku memaksa dan menekan aku supaya aku teruskan usaha sehingga ke menara gading..

Alam dewasa mencetuskan revolusi baru dlm diriku..aku semakin mengenali dan menghargai diriku..ketika itu aku mula mengenali mereka yg ramainya iklas dlm persaudaraan dan sehingga ini kami kekal bersaudara seislam..

Setelah itu aku takala merasai lemah longlai dlm hidup ini ..dia hadir memberiku semangat untuk kembali menghargai diri ini..setelah sekian lamanya kami semua bertemu dgn keberadaan teknologi yg canggih ini..kwn2 sek ren dan men kembali merapatkan persaudaraan dan dia antara yg istimewa..Adakah dia??..Moga ianya bukan lagi mimpi bahkan ianya menjadi kenyataan dlm masa terdekat ini..Insyallah.

Wednesday, July 20, 2011

Aku perlu teruskan b'juang..

Tiada nokhtah dlm kehidupan ini, Alhamdulillah sehingga ini masih diberi peluang untuk bertaubat dan terus b'syukur atas nikmat2 anugerah Allah ..

Aku tidak boleh b'henti di saat ini, aku masih lagi ada semangat untuk mencari rezki, walaupun aku tidak perlu menyara sesiapa tapi hutung2 PTPTN sudah cukup membebankanku..

Masih ada harapan yg Allah berikan untk aku b'ubah, aku perlu rebut peluang ini, cukuplah segala kesalahan yg aku telah lakukan sehingga menutup mata hatiku memohon sebanyak-banyaknya kpd Allah yang maha memberi rezki dan maha pengampun..

Ketika aku menaip di blog ini aku masih lagi memikirkan perihal diriku shj adalah lebih baik aku memikirkan masyarakat di luar sana dgn tanpa menidakkan kepentingan diriku ini..Bagaimana? caranya :
  • Bermula dgn niat, niatkan aku mencari kerja ini untuk mendapat rezki yg halal dan dlm masa sama dpt membantu org2 sekelililgku yg lebih susah/miskin dengan tanpa lupa membayar hutang2ku itu
  • setelah itu, berusahalah kearah yg lebih baik, sekiranya aku dh buat yg baik maha usahankan lagi dgn harapan hari ini mesti lebih baik dari semalam , bermulalah sesuatu itu dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim dan lebihkan tangan kanan.
  • Seterusnya berdoalah kpd Allah yang lebih mengetahui keadaan burk dan baiknya sesuatu pekerjaan itu
  • Sesudah itu, apa yg mampu aku lakukan ialah b'tawakkal/berserah kpd Allah tuhan yg telah menciptakanku dan seluruh alam ini.
Allah yang telah memberikan rezki, pandanglah bukit di gunung itu tiada siapa yang membaja ia bahkan ia terus membesar dan hidup dengan baik siapakah yang menjaganya..tentulah ALLAH, tiada yg berkuasa melainkan Dia(Allah)..inilah Aqidah.

Tuesday, July 5, 2011

Barangan kosmetik HPA (sumber alam/herbs)

Berminat dengan barangan kecantikan daripada produk halal HPA..

sy pengedar bertauliah di sekitar Utara Malaysia, anda berminat untk jd pengedar di kawasan tempat anda ..
Hubungi saya dgn cuma sms nama anda kawasan tmpt tinggal, tel tidak akan dilayan 0132403780(untuk pengedar perempuan shj)

Antara brg kosmetiknya ialah:
1) Bedak compact Rm 12 & Rm 30 (diasakan dari olive oil dan xmenyebabkan jeragat)
2) Perfume wanita Rm 10 & Rm 25 (Raihan & Akhil Hayy)
3) Krim muka asaS Rm 15
4) Bedak asaS (serbuk) Rm 15
5) Lips bump Rm10 (tanpa pewangi) Rm 8
6) Set Centella White Rm 90 (Cleansing, toner, pelembap, eye gel, essence whitening)
    Set Centella White Rm 25 (travelling set)
7) Set Omrah Haj Rm 25 (tanpa pewangi)


Semua produk ini juga boleh didapati dari HPA COLLECTION (Sg.Petani)




..

Friday, July 1, 2011

Pulau pinang berselawat..

syoknya tgk kuala lumpur berselawat ..insyallah lps nie pulau pinang berselawat plak walaupun penang nie org kata kebanyakkan ada org cina tp tak mustahil ini sebagai permulaan baik untuk meyakinkan org2 non-muslim merasai keamanan dan keselamatan di dalam Islam..

ALLAHUAKBAR!!!..ISLAM is peace, the ways of life~

Wednesday, June 29, 2011

Anak-anak & Solat

Masih segar dlm ingatan apabila anak-anak kecil didedahkan dengan solat, bila depa tengok tok wan, maktok, mak sedara n pakcik solat budak tue malu2 dan secara tidak langsung mengikut pergerakkan yang kita lakukan ketika solat...

Pernah sekali bawa balik anak sedara masa tue dia cuma berumur 2 tahun cakap pun xlepas lg tapi bila ja dengar azan kelam kabut dia cari kita katanya " masyu..masyu nak solat, anish pun nak solat" terus dia ajak kita p ambl air sembahyang, klu kita xsedar mgkn kita ingat budak-budak nie nk main aiq ja...upanya mereka sbnrnya lebih matang sambil menyelam kena la minum ckit aie..hehe

Mulanya mereka kanak-kanak nie mgkn nak menunjuk-nunjuk kat depan orang yg mereka suka tapi dah lama-lama mereka sendiri akan terbiasa ..latihan katakan...

ISRA' MIKRAJ -SUATU PERINGATAN

Hari ini terasa nyaman skali pg hari hujan renyai-renyai..malam yang meriah dengan bacaan Al-Quran mengingatkan ttg bulan yang penuh barakah akan tiba tak lama lagi iaitu bulan RAMADHAN.

27 Rejab bersamaan 29 Jun 2011 adalah hari dimana bermulanya malam Isra' Mikraj yang mana di malam itulah Rasulullah diangkat ke langit tujuh diperlihatkan segala siksa dan nikmat manusia apabila dihisab..

"ya Allah jauhkanlah aku dari siksa api nerakaMu, aku insan hina yang penuh dosa dan maksiat mengaku kesalahanku ini tapi engkaulah ya Allah saja dapat mengampunkan dosa-dosa ku".

AYUH marilah sama-sama berdoa dan menjaga solat kerna...

solat itu tiang agama jangan kau rasa jemu...

Sekian.

Thursday, June 2, 2011

JUNE 2011

Diam tak diam dah bln june = 1 rejab, dua bln lagi masuk Ramadhan...

cepatnya masa berjalan, sedihnya aku xbuat apa-apa pun sepanjang tahun ni..byk mensia-siakan waktu..
2 rejab aku dilahirkan..moga dpt b'puasa tp ada 2 kenduri plak..serba salah la jadinya..

bln rejab umat islam digalkkan b'puasa seterusnya bln syaaban....welcome Ramadhan..
entah masih sempat b'ada dlm bln Ramadhan..oleh itu marilah b'doa agar kita terus diberi hidayah dan mendapat pengampunan sepanjang dosa-dosa yg telah kita lakukan.

moga aku dimurahkan rezeki...Amin 

Thursday, May 19, 2011

JUMAAT..happy b'day my bb danish 20 mei

Perasaan itu wujud dgn sendiri...aku dan bb..

Wednesday, May 18, 2011

Peluang datang dan pergi..

sesuatu yg aku tunggu akhirnya muncul tp apakan daya aku rasa berat sgt. Nak kata aku terlalu memilih xda la..

aku hrp dpt belajar b.arab tp aku diberi peluang untk mengajar b.arab dan yg menderitanya ialah aku terpaksa melepaskan sbb aku inginkan yg tetap tp aku diberi peluang yg kontrak. Apakah aku tersilap memandang sesuatu itu...

Ya Allah tunjukkan aku jalan.

Aku minat mengajar tp mereka beri aku peluang mengajar dan mengasuh skali..beratnya hati ini walaupun dipaksa aku rasa beban sgt mgkn kerana kerjaya ini sesuai untk org yg dah kawen tg yg solo mcm aku xtau la mcm na nk cakap takut tak terbuat ja...

peluang datang sekali shj klu aku menolak jg entah akan ada tak lagi peluang untk aku..adakah aku terlalu memilih..kasihanilah aku Ya Allah..aku buntu :(

Saturday, May 14, 2011

cerita Ayah..

Suatu hari sedang aku dan family balik ke kampung sebelah mak, kami singgah sebentar di pekan rabu untk bli ckit bahan mentah untk masakan tengah hari.

Dalam melaui pekan tue ternampak lah aku seorang perempuan menggendong anak nya di belakang melihat keadaan ibu nya yg kurus dan berkulit gelap menggendong anak nya yg masih kecil sekitar berumur 4-5 tahun. Aku rasa kasian sbb mak aku pun kurus dan kecik tp sekurang-kurangnya dpt naik kereta klu nak bli barang. Dialog dgn ayah pun bermula...

Aku:
kesian org perempuan dah la kena kerja pastu nak kena masak n jaga anak lagi, nasib perempuan kampong nampak daif sgt yg suami pula goyang kaki ja kat umah,

aku membebel..

kebayakkan org-org kg tok mmg macam tue isteri la yg bertungkus-lumus untk sara keluarga si suami hanya makan dan tido ja..meluahkan rasa xpuas hati.

Ayah:
Ayah pun mencelah tau tak napa????..sbb syurga Allah itu mahal......

aku tertanya-tanya apa kena mengena nie..

ayah menyambung, buka senang nak masuk syurga Allah sbb ia mahal hanya org yg sanggup berkoban dunianya saja bleh masuk syurga dgn senang.

Ayah cerita lagi, macam perempuan tadi dia gembira hidup macam tue sbb dia nak masuk syurga Allah dr mana-mana pintu yg dia suka, dia ingat akan janji-janji Allah yg benar tue.

Biar dia rasa tersiksa di dunia, bahagia dia nanti di akhirat

Biar dia naif dan susah di dunia, kaya dan mewah dia akhirat nanti

Biar dia sibuk di dunia ini, senamg dan lapang dia di akhirat nanti

Aku cuba nak menjadi seperti wanita itu apakan daya dia aku bukan dia dan dia bukan aku..mungkin aku xsanngup sepertinya...MUHASABAH DIRI YG HINA DIHADAPAN ALLAH.

Tuesday, May 10, 2011

MEI 2011

Cerita baru sudah bermula..hairan byk yg nak tulis untk ruangan ini tp once dh start nk tulis tup..tup idea itu menghilang bersama perasaan ini.

Orang skrg sibuk dengan penyakit sana sini termasuk obesiti. Aku yg masih xbekerja sibuk plak melihat peluang sana sini untk menyibukkan diri dengan mencari sesuap nasi.

Aku tidaklah miskin..
Aku tidak juga xpenah makan tp xmkn sbb posa tue adalah(hehe)..

Yang penting skrg nie masa muda mestilah dihabiskan dengan bekerja untk menyumbang sesuatu pd agama, bangsa dan masyarakat. Rasa mcm xb'guna plak bla xda keja nie.

"Ya Allah yg maha kaya lagi maha pemurah, Murahkanlah rezekiku moga aku dpt keja tetap dan career yg baik dlm masa terdekat nie"

Moga satu hari nnt aku punya business aku sndr tp buat masa la ni aku keja dlu dgn mana2 pihak untk mematangkan diri dlm buat keputusan hidup nie.

-Sallahu ala Muhammad wa ala alihi wasallam- Astagfirullah-

Friday, April 29, 2011

ce cite..ce cite..

first time masa dengar words nie rsa lucu...nak tahu kenapa???

Monday, April 25, 2011

apa patut aku katakn lg..

tunggu, sabar, usaha lg @ mcm na???...

aku kena terus cuba walaupun mak cik ku menjanjikn untk ambl aku sbg prinsiple barunya tp aku masih xbleh tunggu yg itu..sbb ia masih dlm perancangan, dia mgkn buka @ tidak..ya Allah jgn biar aku mengharap selain drpMU...ya razzak, ya razzak, ya razzak..ya Allah lindungilah aku dr syirik dan perasaan susah hati.

sudah lebih sebulan aku berada di rumah tanpa bekerja apa pun..aku kena keluar lg nampaknya..hijrah???..susahnya seorang perempuan kena keluar rumah semata-mata mencari sebuah rezeki..merantau menggamit seribu satu masalah dan fitnah tambah lg aku seorang perempuan, keselamatan maruah diri dan perasaan malu itu akan ternoda sedikit demi sedikit.

aku ambl keputusan untk tidak berada di kl selagimana xdpt keja tetap..gaji yg murah dan belanja yg besar memang tidak berbaloi..mcm na ni?? aku dh xtau nk buat mcm na dgn ekonomi yg teruk nie..

positivekn balik diri..semua nya telah ditentukn Allah dan sebagai makhluknya aku hanya bleh ikhtiar, doa dan redho walau apa pun yg terjadi. Ingatlah janji Allah itu pasti.

Friday, April 22, 2011

Apa itu generasi Al-Quran?

Adakah generasi al-Quran itu hanya org yg pandai baca al-Quran, menghafal al-Quran bahkan ia lebih luas dr itu iaitu generasi yg akan lahir sbg seorang peguam yg adil, akauntan yang amanah, guru yg disiplin, polis yang baik dan sebagainya.

Lebih hebat lagi generasi-generasi ini akan menjadi pengikut setia imam Mahdi kelak. Mereka ini lah yg akan menyuburkan kembali perjuangan Islam. Bagaimana mereka bleh lahir dlm keadaan dunia hari ini. Ini lah perjuangan kaum wanita dlm menjaga diri mereka kerana wanitalah yg bakal melahirkan generasi ini kelak.

Bermula hari ini, saat ini dan mulai dgn perkara yg kecil-kecil, laksanakan kebaikan untuk diri dan orang lain. Ingatlah wahai insan dan yakinlah Allah sentiasa bersama-sama kita, Allah pandang kepada kita dan Allah memerhatikan kita. Wallahua'lam. 

Wednesday, April 20, 2011

Irshadee..

pentas cerita..

Teringat mcm mana imam Ghazali sewaktu berumur 3 tahun telah dididik oleh bapa saudaranya ttg tauhid kata bapa saudaranya wahai Ghazali sebut lah ia tanpa sedikit pun engkau menggerakkan bibirmu :

"Allah sentiasa bersamasamaku, Allah pandang kepadaku, Allah menyaksikanku", sebutlah ia selama 7 hari kemudian setelah itu berkata Ghazali aku sudah melakukannya, diulangilah selama 11 hari lagi kemudian setelah seahun aku merasakan kenikmatannya"

Jelaslah disini aqidah merupakan perkara pertama perlu didedahkan kpd anak-anak sedari kecil lagi.

Friday, April 15, 2011

sayyidul ayyam..

alhamdulillah..syukur aku masih hidup untk jumaat sekian kalinya.

"nikmat apa lg yg hendak engkau dustakan"(al-Quran). Ini lah hari yg aku rasa tenang skali tiap-tiap jumaat begitu indah, aku gembira setiap kali munculnya hari jumaat..xdpt nk jelaskn tp itulah yg aku rasakan.

sebuah kehidupan yg bermula pd hari Jumaat. Banyak kelebihan hari jumaat..
(to be continued...)

Wednesday, April 13, 2011

Bermula pengembaraanku dlm pendidikan anak-anak

sekadar hiasan
Anakku sayang:
1: Taaruf- kenal
-Aqidah = mengenal Allah sbg pencipta, sifat-sifat wajib dan mustahil bagi Allah, Nabi Muhammad sbg pesuruh Allah, kenal Nabi2 dan Rasul2
- membaca, menulis, memahami dan mengingati


2: Tafaquh- blaja
-kreativiti, dinamik, progressive, imaginative, praktikaliti dan innovatif
-nasyid, pen.moral dan pen. jasmani, skill, thinking ability, presentation

3: Tafahum -memahami
-amal maaruf nahi mungkar
-Hidup sbg hamba Allah dan Khalifah

  • Umar bin Al-Khattab r.a menulis kepada penduduk syam, katanya: Ajarkanlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda! 

i-kids,2011

Thursday, April 7, 2011

Doa sebuah persahabatn dunia dan akhirat

"Pintaku pada mu tuhan yg satu...
lindungi temanku ini,

padanya ku berkongsi duka,
padabya ku raih senyum,
padanya ku curah masalah,
padanya ku kenal erti persahabatan

Ya Allah lindungilahdirinya,berkati dirinya,rahmati hidupnya,limpahkn rezekinya, jauhi susah dari hidupnya, dekati kesenangan baginya...

Sesungguhnya hanya padaMu ya Allah kupinta kasihi dia,

Amin.

Nukilan: Anak Soleh, Negeri Sembilan, 2010

Friday, April 1, 2011

Hari ini aku Redha..syukur..jgn putus asa pd rahmat ALLAH

kuatkn diri dan motivate kembali diri slp apa yg terjadi..pasrah kerana ilmu manusia yg terbatas..

Tuesday, March 29, 2011

ALHAMDULILLAH..thank you Allah

29 Mac 2011 selang beberapa hari dr 13 Mac 2011

Friday, March 25, 2011

pertemuan dan perpisahan..

Sungguh kurang kata2 ku ini disandarkn dgn ayat Quran mahupun Hadith. Aku seolah-olah menulis berdasarkn kata-kata hatiku ini.

Hidup perlu sentiasa mengingati Allah kerana aku hidup kerana Allah, sekiranya aku hidup kerana diriku sudah lama aku mati membunuh diri..tidak pula aku hidup kerana ibu bapa ku kerna sekiranya ibu dan bapaku xlg mahukan aku nescahaya aku pun mati..hidupnya aku kerana Allah, aku akan terus positif kerana Allah

cukuplah Allah bgku,Tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang..aku Redha.

Saturday, March 5, 2011

sedikit masa lg..

Sabar..sabar dan terus bersabar..

sedikit masa lg..cepat betul msa berlalu, muhasabah ckit apa telah dibuat pada fasa pertama thn ini..subhanallah
ish.ish.ish.. dekat dh diri ini kpd kematian, bertambah nya umur mendekatkan kita pada kematian.
 Ya Allah apa yg telah aku lakukan sepanjang aku hidup ini..lalainya aku, bnyknya dosa-dosaku..

Friday, February 11, 2011

My first lover..

hehehe ")..mulakan hari anda dengan senyuman

Jujurku katakan tajuk ini penuh dgn kontrovesi..

Aku seorang wanita biasa, pernah ada perasaan begitu dan begini..secara fitrahnya manusia yg normal akan merasai nak dikasihi dan dihargai. penghargaan itu suatu yg istimewa bukan saja pada seorang wanita malah lelaki jg akan merasainya. Cumanya yang membezakan ialah bagaimana approach dan method yg perlu digunakan untk menjaga batas2 pergaulan.

Seseorang yang kita kasihi tentu saja kita mengharapkan dia bahagia dan juka boleh kita pun nak menjadi sebahagian dari kebahagiaanya. Ketika sepertiga malam kita berdoa ditunjukkan jalan, apakah yang ini terbaik untuk kehidupanku di dunia dan akhirat.

Itulah rahsia malam apabila malam yang sunyi itu kita gunakan untk muhasabah dan review balik dosa2 yg penah dilakukan, ampunan dari Allah lah yg kita harapkan. Ketika itu jualah sejujur-jujurnya hati ini mengaku, itulah kelemahan, kehinaan, kemiskinan dan ketidak mampuan kita berselah sebulat-bulatnya kepada Allah moga segalanya berjalan lancar.

Itulah kita, seorang insan yang lemah beribadah kepada-Nya dengan bersyarat. Mgkn hari ini aku bangun kerana sesuatu tapi ku perlu tahu niat itu boleh diperbaharui. Hidayah dan rahmat-Nya jua lah yg lebih beharga.

Inilah diriku...

to be continued

kisah budak darjah satu..

Pengalaman ketika di al-amin, biasa la awal2 tahun nie ada ja budak2 yg xnak masuk kelas...

Yang menjadi persoalan sekarang nie, apa kah sebab-sebabnya budak2 nie xnak masuk kelas..sanggup dia tunggu dan merayau2 sorang-sorang plak tue. Aii..pernah aku questionkan pd seorang guru lama di situ, yg dh kawen dan ada anak plak tue..napa ek budak2 nie mcm tue ?

Nak tau what did she said..biasanya budak2 gini hidup dalam dunia dia lagi belum rasa nak bersosial dengan orang, tamnahnya lagi budak2 gini biasanya pintar dan hero kelas..bla dh besar dah tak ingat dulu2 masa kecil suka tak nak masuk kelas.

seingat aku la waktu kecil dulu senang ja nak masuk sekolah siap ayah hantar sampai klas pas tue menghilang entah ke mana, ayah mmg janis orang yg lagu tue so anak2 tak da la nak buat perangai sangat sbb ayah mmg tak layannnn...huhuhu.

Secara sikologinya anak2 ini selalu dimanjakan so bla besaq tak reti berdikari. Sebagai orang dewasa nnt bla dh ada anak baru la tau mcm na keadaannya.

to be continued...

Tuesday, February 8, 2011

Cerita lagi..

Nk tahu??? dalam sibuk menjalani tugas sbg guru sebnarnya bank lg perkara bleh dibuat untk menjadikan hidup ini sebagai ibadah,

Pertama, sebenarnya mencari duit yg byk untk sara kehidupan jg adalah ibadah kerana kita mncari rezeki yg halal dengan niat mensyukuri nikmat sihat yg Allah beri.

Kedua, plan hidup dari single ke status married jg adalah ibadah. Kawan sepejabat ada kongsi tip katanya hidup nie kena fokus bab kawen contohnya kita kena betul2 aim and plan when we are going to get marry let say this june so we should give an effort towards the aim, yg pasti aim tue mesti jelas dan bermatlamat.

Then, career before and after 40 years old. career yg baik jg dikira ibadah apatah lg klu ia sesuatu yg bleh melibatkan org len dpt manfaatnya. Together with that i think business should be the best career ever because takkan nk makan gaji ja kot bla nk serve masyarakat. sy plak plan nk terlibat dgn edu business.

lps nie sapa yg nk keja sekurang2nya setahun jmp la sy ya, my own i-kids akan dibuka bln june 2011 nie,insyallah..
hntr resume anda ke e-mail sy salam_adik@yahoo.com. Erm kena fikirkn jg tmpt tinggl sbb locationnya di Bertam Perdana, kepala batas, p.pinang.

Monday, February 7, 2011

FEBUARY 2011

I WAS THINKING ..WHAT TOPIC SHOULD I DISCUSS????

.....herm, no idea may be tomorrow morning i could write beautifully..

Tuesday, January 11, 2011