About Me

cukuplah ALLAH bgku, ingatlah yg kekal adalh dunia akirat!

Tuesday, December 27, 2011

Beberapa detik lagi..

Happy New Year 2012

"Moga ia menjadi tahun yg penuh dengan kejutan dan kebahagiaan..Insyallah".

Thursday, December 22, 2011

Mahukah kamu???..(mcm penting ja)

En: Kenapa impian aku selalu ja tak terpacai ?

Pn: Barangkali kali kamu tak jelaskan iimpian itu kot?

En: Entah rasanya semua aku dh rancangkan lepas satu, satu untk dilakukan?

Pn: Betul lah tu tp kamu lack of something iaitu tiada tarikh atau lebih tepat waktu yg jelas untk mencapainya? Matlamat kita harus jelas baru nampak ada usaha itu.

En: Ya itulah yg aku terlupa..huhu..terima kasih ya atas nasihat itu.

Ketahuilah matlamat tidak menghalalkan cara. Terkadang kita sudah berdoa dan usaha yg betul bagi mencapai matlamat kita tp doa kita masih belum dikabulkan Allah mgkn kita perlu check semula ttg makanan yg kita makan kerana ianya adalah faktor yg akan menyebabkan doa kita tertolak. Pilihlah yg halal lagi baik dlm pemilihan makanan..Insyallah bukan kita sahaja dipelihara Allah malah zuriat kita juga mendapat pemeliharaan Allah biarpun kita sudah tiada di dunia ini.

Sebenarnya kepercayaan menentukan sikap kita, nak berubah kena pilih jalan yg baik dan tinggalkan benda2 syubhah(meragukan) dari semua aspek kehidupan kita.

Mari lakukan transformasi diri ke arah 'Fastabikul Khairat' iaitu berlumba-lumba kearah yg baik. Tolong orang itu baik, solat itu baik (peliharalah solat), berkata benar/jujur itu baik, mengambil hati kawan-kawan itu baik, buang sampah di tempat yg sesuai itu baik dan sebagainya.

Monday, December 19, 2011

be +ve


wah..wah..wah..apa yg nk disebutkan ialah peranan lelaki dan perempuan dalam keluarga..


Disebalik ketidak pedulian lelaki sewaktu anak mereka merengek di waktu malam dengan kesusahan yg bakal mereka tempuhi kelak..

Memang benar Islam itu cara hidup yg sempurna dan adil , kenapa berkata begitu???..
sebabnya tidak lain tidak bukan slp byk perkara terjadi dalam kehidupanku, aku memandang hikmah sbg seorang perempuan, perempuan mmg mudah untk masuk ke syurga dan berat bg seorg lelaki untk masuk ke syurga. Ini kerana ruang lingkup perempuan terbatas dalam keluarganya sahaja iaitu ketaatannya kepada ibu bapa ketika belum lg kahwin kemudian beralih kepada suami sahaja apabila dh kahwin kelak.

Berat bagi lelaki kerana dia akan dipertanggungjawabkan keatas apa yg terjadi pada keluarganya tidak kira dh berkahwin ataupun belum lg berkahwin...malah lebih berat ingkan apabila dia asyik saja mementingkan dirinya tanpa mempedulikan org sekelilingnya...skrg byk sungguh para suami dan lelaki malas bekerja cuma mengharapkan isteri2 mereka berusaha berhempas pulas mencari nafkah untk keluarga. Para perempuan pula sudah hilang kepercayaan pd org lelaki...mcm mana ini makin terjadi???

Solusinya kita balik kepada sebuah kisah yg menukilkan betapa indahnya ISLAM...
Sewaktu kecil ibulah yg banyak berjasa kepada diri seseorg itu, mlm nya si ibu akan lekas2 bangun bla saja si anak menangis dan si bapa pula boleh tido tanpa terganggu sedikit pun..mgkn ketika itu si isteri agak kecewa kerana kenapa hanya dia seorg saja perlu bertungkus lumus..hanya dia seorg saja..alone and lonely. Ketika suami isteri itu telah semakin berumur ketika itulah Allah membayar pengorbanan si ibu dengan dikurniakan seorg anak yg boleh diharap manakala si ayah pula perlu berhempas pulas menjaga ibu bapanya sendiri yg telah uzur tanpa sedikit pun mengharapkan menantu. si bapa yg mudanya hidup senang lenang tp bla dh tua perlu memeyahkan dirinya manakala si ibu yg susah ketika mudanya dianugerahkan kesenangan yg tak terucap ketika tuanya..

Tidakkah perempuan2 di luar sana yg bergelar ibu teruja dengan sedikit anugerah Allah untk para wanita dan Allah juga memberi penghargaan kepada para suami dan lelaki di luar sana dengan memberikan mereka hak untk menjadi pemimpin dan ketua. Ini adalah satu anugerah yg istimewa untk kaum adam kerana ianya kepercayaan yg Allah berikan sebagai tuhan semestar alam kepada mereka para lelaki dan suami..

Mafhum firman Allah yg bermaksud," berbuat baik lah kepada kedua ibu bapamu".

Saturday, December 17, 2011

People: learning english in the best ways..syok!

 
when people start learning english ...herm, that a good job bro!

Sunday, December 11, 2011

Fenomena 'Ustaz' dan 'Bomoh'

Ini bukan persoalan atau sindiran mahupun teguran tapi ini sekadar suatu suara dan pandangan individu..mungkin jg sesuai untk kita fikir-fikirkan..

Di Malaysia, fenomenanya ustaz yang balik dari negara-negara arab kebanyakkan mereka memilih menjadi ustaz bomoh mengubat orang menggunakan pengantaraan. Mengapa??? sekiranya ramai yang begini siapa yg akan memenuhkan masjid2 atau majlis2 ilmu yg semakin hari semakin kurang orang2 memakmurkannya. Yang bagusnya, rata-rata mereka yg bukan dari kelulusan agama turun padang menggantikan tugas berdakwah yg terkenal seperti Ust Azhar Idrus, beliau bukan kelulusan agama pun dan mengaji sek ren dan men aliran inggeris

TAPI...
Itu la nk berdakwah tak semestinya nk kena ada ijazah usuluddin bru nk ajak org mengenal Allah..cukup sekadar kita menuntut ilmu akhirat dan sampaikan kpd semua org..itu ja. Dakwah itu sendiri bermaksud mengajak manusia kpd Allah. Biarpun kesalahan dan kesilapan yg kita buat itu besaq..pintu taubat sentiasa terbuka luas untk kita.

Any problems turns to Allah...Allah sebaik-baik tempat mengadu because Allah knows every single things happened to us.

Wassalam.

Monday, December 5, 2011

Tawakkal itu indah


Allah melihat kepada usaha-usaha setiap hamba-hambaNya dan manusia sentiasa melihat kepada hasilnya.

Pandangan Allah adalah kepada hati kita, manakala pandangan manusia pada pisikal seseorang itu. Ini menunjukkan adilnya Allah kepada setiap manusia.

Kisahnya bermula apabila seorang kakak yg aku kenali sbg seorang sabar mana tak nya semua orang berlumba-lumba nk graduate awal sbb dh 4 tahun belajar terasa sgt lama tapi dia...

seorang yang bersungguh-sungguh untk menuntut ilmu di saat akhir semester sebagai pelajar tahun akhir tiba-tiba mengubah jurusan yang dipilihnya dari jurusan teknology dan komunikasi ke jurusan ketamadunan Islam. Subhanallah..tawakalnya pada Allah kelihatan lg apabila semua rakan-rakan sebayanya sudah setahun setengah menjawat pelbagai jawatan tp dia berfikiran..kepuasan mendalami ilmu itu lebih penting dan perlu diutamakan.

Malah lebih dari itu, dia sentiasa sabar dengan hidupnya apabila adik2nya telah lebih dahulu mengakhiri zaman bujang mereka tp dia seperti tiada siapa yg mahu kerana umurnya yg dh meningkat, sukar nk digambarkan bagaimana perasaannya pd waktu itu. Dia berusaha mencari kehidupannya dan pelbagai ujian ditempuhnya tp dia tetap cool. 

Tempat yg dihuninya begitu sederhana dan kerap kali aku terpandang kertas perancangannya sepanjang satu semester tidak terkecuali perancangan untk dia berkawin. walaupun pada ketika itu dia masih single tp keyakinan dan sabarnya dia dengan Ujian drp Allah mengingatkan ttg Allah melinat kpd usaha seeorang dan tidak pada hasilnya kerana hasil sesuatu usaha itu adalah kerja dan hak Allah.

Yang penting skali disaat dia betul2 habis exam paper akhir sbg pelajar tahun akhir, dia telah dilamar oleh seorang lelaki yg tidak dikenali tetapi mereka dlm kuliyah yang sama (dah macam novel plak tp inilah realiti hidup semuanya menuju Allah sbg tuhan yg disembah).

Saat yang ditunggu telah tiba iaitu beliau telah berkahwin tapi sblm menemui jodoh pelbagai cara dilakukanya termasuk beliau sendiri merisik lelaki yg beriman untk mengambilnya menjadi isteri, berjumpa ustaz dan ustazah di dlm usrahnya dan dikalangan ustaz dan ustazah itu bukanlah calang2 orang dan ada diantara mereka yg dijumpainya dikalangan ilmu yg acapkali muncul dikaca television sbg penceramah. Tup..tup dipertengahan pencariannya beliau telah Allah pilih untk beremu dengan lelaki yg lebih kurang sptnya melalui facebook dan lelaki itu seorang journalist dan bakal menjadi pensyarah di bumi universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Dia adalah perempuan yg bahagia kerana kesabarannya menghasilkan impian yg menjadi kenyataan dari jalan-jalan yg tidak disangka. Wallahua'lam.