About Me

cukuplah ALLAH bgku, ingatlah yg kekal adalh dunia akirat!

Monday, December 5, 2011

Tawakkal itu indah


Allah melihat kepada usaha-usaha setiap hamba-hambaNya dan manusia sentiasa melihat kepada hasilnya.

Pandangan Allah adalah kepada hati kita, manakala pandangan manusia pada pisikal seseorang itu. Ini menunjukkan adilnya Allah kepada setiap manusia.

Kisahnya bermula apabila seorang kakak yg aku kenali sbg seorang sabar mana tak nya semua orang berlumba-lumba nk graduate awal sbb dh 4 tahun belajar terasa sgt lama tapi dia...

seorang yang bersungguh-sungguh untk menuntut ilmu di saat akhir semester sebagai pelajar tahun akhir tiba-tiba mengubah jurusan yang dipilihnya dari jurusan teknology dan komunikasi ke jurusan ketamadunan Islam. Subhanallah..tawakalnya pada Allah kelihatan lg apabila semua rakan-rakan sebayanya sudah setahun setengah menjawat pelbagai jawatan tp dia berfikiran..kepuasan mendalami ilmu itu lebih penting dan perlu diutamakan.

Malah lebih dari itu, dia sentiasa sabar dengan hidupnya apabila adik2nya telah lebih dahulu mengakhiri zaman bujang mereka tp dia seperti tiada siapa yg mahu kerana umurnya yg dh meningkat, sukar nk digambarkan bagaimana perasaannya pd waktu itu. Dia berusaha mencari kehidupannya dan pelbagai ujian ditempuhnya tp dia tetap cool. 

Tempat yg dihuninya begitu sederhana dan kerap kali aku terpandang kertas perancangannya sepanjang satu semester tidak terkecuali perancangan untk dia berkawin. walaupun pada ketika itu dia masih single tp keyakinan dan sabarnya dia dengan Ujian drp Allah mengingatkan ttg Allah melinat kpd usaha seeorang dan tidak pada hasilnya kerana hasil sesuatu usaha itu adalah kerja dan hak Allah.

Yang penting skali disaat dia betul2 habis exam paper akhir sbg pelajar tahun akhir, dia telah dilamar oleh seorang lelaki yg tidak dikenali tetapi mereka dlm kuliyah yang sama (dah macam novel plak tp inilah realiti hidup semuanya menuju Allah sbg tuhan yg disembah).

Saat yang ditunggu telah tiba iaitu beliau telah berkahwin tapi sblm menemui jodoh pelbagai cara dilakukanya termasuk beliau sendiri merisik lelaki yg beriman untk mengambilnya menjadi isteri, berjumpa ustaz dan ustazah di dlm usrahnya dan dikalangan ustaz dan ustazah itu bukanlah calang2 orang dan ada diantara mereka yg dijumpainya dikalangan ilmu yg acapkali muncul dikaca television sbg penceramah. Tup..tup dipertengahan pencariannya beliau telah Allah pilih untk beremu dengan lelaki yg lebih kurang sptnya melalui facebook dan lelaki itu seorang journalist dan bakal menjadi pensyarah di bumi universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Dia adalah perempuan yg bahagia kerana kesabarannya menghasilkan impian yg menjadi kenyataan dari jalan-jalan yg tidak disangka. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment