About Me

cukuplah ALLAH bgku, ingatlah yg kekal adalh dunia akirat!

Sunday, December 19, 2010

Tika ada yg pergi, aku masih di sini...
luahan hati ku pd ptg yg redup nie mmg mamilukan tambahan aku telah membaca sebuah cerita ttg MEMALI, suatu ketika dahulu iaitu pada tahun aku dilahirkan ke dunia ini 1986. Mengikut bicara kedua orang tuaku nama aku pun diambil sempena peristiwa bersejarah itu Noor Syuhada. Tokoh yg tidak asing lg iaitu Ustaz Ibrahim Libya seorang yg tegas dan berpendirian teguh dgn ilmu yg dia dpt sepanjang pengajiannya ttg ISLAM. Ketegasannya ini telah memungkinkan ia menjadi syahid dan selayaknya dia menerimanya.

Sepanjang penghayatan dari pembacaan ku mmg benarlah nama bg setiap org itu penting kerana ia melambangkan peribadi individu itu.Aku jg tidak terkecuali, sejak kecil aku cenderung dgn subjek2 agama walaupun aku datang dari keluarga pertengahan mak dan ayah ku telah memberi didikan agama ketika aku seusia 4 thn lg. Bila umurku sudah masuk 5 tahun aku telah didaftarkan di sek Pasti padahal nk diikutkan tadika di tempatku lebih dekat dgn umah flatku.

Sewaktu kecil aku selalu ungkapkan kata-kata ini:
Kami tunas-tunas Islam
Berjanji berikrar dan bersedia
Hidup kami untuk Allah
Hidup kami untuk dakwah
Allah matlamat kami
Quran dusus kami
Rasul ikutan kami
Berjihad di jalan Allah
Syahid fi sabillilah cita-cita kami
..
nah skrg aku sudah dewasa, kata-kata yg aku lafaz rupanya dapat menyedarkan aku kenapa aku harus ada pada jalan dakwah yang penuh ranjau dan duri @ lebih sedap penuh dengan mehnah dan tribulasi. Hidup segan@silu mesti sentiasa mengharapkan hidayah Allah agar terus di jalan ini.
"ya Allah tuhan yg membolak-balikkan hati tetapkan hatiku pd jalan mu ini"
bersambung....

Wednesday, December 8, 2010

Bicara petang..

Dikala aku menulis blog ini perasaanku tenang skali, cuaca agak sejuk mana tak nya bru lps raining.

Malam kemarin dh b'siap2 pegi ngajar smp ja dpn traffic kebetulan depan plak masjid As-Syarif, Gombak moto pancit taya blkang. Gelabah juga dibuatnya tp syukur wakttu tu berteman dgn kakak serumah. Smp ja masjid agak 15 minit tetiba seorg pak cik dtg dgn moto dia yg pancit jg tp dia ada bwa pam skali...bagus btol ..apalagi dia pun kesian tgk anak dara 2 org nie yg kecut giler mukanya nie pun pinjam pam dia, bertambah teruk moto scoot xbleh guna pam biasa so mahu xmau kena la seret smp kedai moto, nk jdkan cerita semalam cuti umum 1 muharram mana la kedai buka...huhu..

nk tau apa terjadi?????...will be conttinue..

Monday, November 15, 2010

lagu

Tinggi-tinggi gunung kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu
apa guna pegi kinabalu
bila tengok kamu hati ini pilu

Makna disebalik rangkap lagu ini sebenarnya mahu melihat kreativiti sesuatu persembahan perasaan @ how do you express your feeling in a relationship perhaps between mother and her children, or may be between spouse ect.

Begitu juga nasyid Raihan yang menerangkan ..

Iman tak dpt diwarisi 
dari seorang ayah yang b'takwa
ia tak dapat dijual beli
ia tiada di tepiran pantai

INILAH SENI...

Monday, October 25, 2010

Tetiba ja slp bercakap-cakap dgn kwn2 terdetik topic ini untuk di kupas mengikut pandangan peribadi. saya sangat percaya dlm arena dakwah mencari pasangan perlu ada combination yang baik. Idea ini tercetus selepas saya membaca buku tulisan Zainab Ghazali seorang wanita hidupnya kerana Allah dan di jalan dakwah dia mati. Bila fikir2 balik dimana kita dlm dunia ini dan akhirat?. apa yg kita ada untuk menyokong bahwa kita ini benar2 di jalan Allah and Islam is a way of life. Dalam dunia dakwah sinergi b'pasangan sgt2 dituntut tp yang pastinya seorang usahawan amat la sesuai dgn sapa shj kerana sumbangannya di jalan dakwah amat la tinggi spt Abd Rahman al-Auf.

Dalam perjalanan hidup ini kita diuji. Tetapi kita kena yakin ujian itu ada ganjaranya. Semalam sy terbaca satu hadith nie ditulis oleh imam Bukhary diriwayatkan dr Rasullah SAW katanya "sebarkan salam apabila b'temu, hubungkan silaturahim, banyakkan b'sedekah mkn, dan dirikan solat di waktu org lain dibuai mimpi  di malam hati nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan senang".

ok..apa relevennya dengan sinergi b'pasangan nie. Walau siapa pun kita hatta kita org biasa sekalipun setiap dari kita mesti rasa untuk senang bla pasangan kita bersama2 diatas jalannya sudah tentu mudah bagi kita melaksanakan apa yg disebut dlm hadith diatas. Perempuan adalah mereka yg banyak menghuni neraka (nauzubillahi min zalik), then bla perempuan-perempuan ini mendapat ccalon suami yang memandang dakwah suatu keperluan akan memelihara dan melindungi perempuan2 mereka dan ingatlah Allah adalah sebaik2 pemelihara.

to be continue...

Friday, October 22, 2010

menyenangkan hati..

Pengalaman mengajar memang penuh suka duka..alhamdulillah semuanya berjalan lancar. apa yg diimpikan untuk mendidik generasi dan bangsaku tercapai tapi sedikit perkara yang nampak mudah tp memerlukan perhatian yang lebih kerana kanak2 nie adalah mereka yang punya potensi untk berjaya. mungkin hari ini kita melihat mereka sangat buas, nakal dan degil tp tak mustahil mereka semakin membesar dan matang untuk menjadi orang-orang yang hebat spiritual dan intelektual. bila mengajar kan selalu ja fikir kanak-kanak nie akan jadi seorang yg soleh..seronoknya nk lihat kanak2 ini membesar dan menjadi anak2 yang soleh dan hebat suatu hari nnt.

Sering kali terasa mcm banyak yg hndk dikongsi tetapi bla start ja nk menulis ja tetiba xda mood plak. Rasa tak puas hati sgt dgn pencapaianku skrg. Di sekolah slalu ja rsa nk marah2 tak tahan dgn budak2 skrg yg tak reti nk hormat guru2. mereka sanggup meluahkan kata2 yg bg sy sbg org dewasa xpatut mrk kata begitu. sebagai guru murid dianggap sbg amanah...mau rsanya give up...berikan aku kekuatan Ya Allah untk mendidik generasi hari ini.

Tuesday, October 12, 2010

Statusku skrg..

Tulisan kali ini lebih b'sikap terbuka seolah2 ini adalah diariku. Apa bakal aku buat dan merancang slps thn nie. Aku sbnrnya belum putus harapan untuk thn nie..masih ada yg blum t'realisasikan lg. Ku pujuk hati dan jiwa menerima apa saja dgn redha. Sekarang aku telah b'gelar guru, pernah suatu ketika terdetik dlm hatiku ingin merasai m'jd warga pendidik.. nah skrg aku sudah memilikinya..aku perlu dan perlu hargainya sehingga tamat p'khidmatan ku. Aku juga kiranya ingin skali b'kerja sebagai pegawai bank. Bank yg aku sdg tinjau2 ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bank Islam (hatiku b'bicara: ya Allah izinkanlah aku b'ada dlm dunia bank sekurang-kurangnya setahun).

Selepas puas dgn dunia pekerjaan ingin rasanya continue master plak, kat mna xtau lg tp cadang nya di USM ja Insyallah dlm jurusan education kerna ini mmg minatku and i have a passion in education as well as teaching. Org mesti tnya so bla plak nk kawen??? hehe insyallah seiring dan selari dengan pembangunan diri ini.....to be continued

Wednesday, September 29, 2010

dunia yg b'beza..

Kita telah ditakdirkan berbeza di dunia ini tapi kita tetap sama. Apa shj yang kita buat takkan terlepas dari merindui dan meminta-minta kepada-Nya. inilah pengabdian sebenar kita kepada Allah, tuhan yang maha kuasa.

setiap hari kita akan terpikir apa yg hendak dibuat dan mmg slalunya nampak mcm perfect but once dh buat satu perkara terlupa plak byk lg yg nk dibuat..well rancang la betul2. bagi mereka yg nk sambung blaja grab this great opportunity, mereka yg nk berkeluarga tanya lah diri di jalan mana aku nk menikah, satu suggestion yg baik klu dpt try la baca buku "di jalan dakwah aku menikah" karya cahyadi takariawan, (aku pun blum baca sepenuhnya lg..nk kena bca smp hbs nie), mereka yg bekerja jdkan dan niatkan ia sbg amalan untk akhirat kite. lastly, beringat dan sentiasa lah ingat apa pun jua kita mesti kembali kpd yg Esa, Allah. to be continued..

Thursday, September 23, 2010

SUJUD SYUKUR..

Alhamdulillah..beberapa hari berada di bumi gombak ini, pelbagai pengalaman dan ilmu yg dapat di kutip. Aku mengharapkan penghijrahanku ini sentiasa di bawah rahmat dan pelingdunganNya. Pekerjaan yang aku ada skrg mampu untk menyara kehidupan bagi org yg msh bujang nie. Yang paling penting bahagia bersama tawakkal kepada Allah yg esa. Aku yakin dan percaya diakhirnya nnt thn hadapan hidupku akan lebih better dr segi amal dan pekerjaan..aku masih diuji dan terus diuji. Aku pasrah kerna semuanya ketentuan dan mesti yakin sbnrnya ia untk kebaikkan ku jua in the future.

Saturday, September 18, 2010

Anak perantau...

Pengembaraan hidup akan bermula mulai esok. Tiada lagi hidup senang-lenang, berdikari adalah konsep yang perlu di praktikkan mulai esok, tidak punya sandaran apa pun tp Allah lah jua tempat aku bergantung. Mulai esok hidup aku akan terus teruji dan mencabar, aku tidak boleh lema kerna di mana ada kemahuan pasti terselit seribu satu jalan. mungkin jalan ini sukar tp cubalah renungkan kembali ramai mereka yg hidupnya susah tp akhirnya mereka berjaya mencapai apa yg dicita-citakan.

Aduhai diri engkau perlu tabah dan sabar,sabar dan sabar. Jalan yg aku lalui mulai esok memang sukar dan menakutkan tp aku cuba menongkah arah mencari sinar baru dlm hidup. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu success akhirnya...yeah! Insyallah.



Duhai mak & ayah, izinkan aku pergi mencari rezeki dan belajar mengerti kepayahan tp bla aku terasa payahnya mencari rezeki sokong lah aku dan doa mu amat dan teramat bernilai. sekiranya aku hidup untuk manusia tentulah aku sudah mati tetapi hidupku ini untuk Allah.

Akhirnya, maafkan dan terima kasih sahabat2 yg sentiasa mahu bersama2 di jalan ini yg sentiasa membantu, moga mereka sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.Amin..

Wednesday, September 15, 2010

PERCAYA & KEPERCAYAAN


Tergempar dan terkejut lg semlm kwsn rumah ada org kena histeria tak pernah2 lg terjadi nie pastue blk umah tok plak ada cerita saka-menyaka plak dh yg susah tue ia melibatkan keterunan ..org dlu2 mmg jahil tp kita skrg jgn jd jahil mcm mereka juga. Wajib sebagai org islam percaya adanya alam ghaib dan ini berbeza dgn kepercayaan kita bahawa makluk di alam itu boleh mempengaruhi hidup kita di alam manusia. sekadar lontaran pandangan pand dan cetusan rasa untuk mengubah corak pemikiran org2 skrg atau bahasa utara kata change life to be better in the future, kita percaya segala-galanya datang dari Allah dan kepadaNya lah kita memohon perlindungan

"dengan nama ALLAH, yang dengan namaNYA lah akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan ia maha mendengar lagi maha mengetahui"- ma'surat-

....to be continued

Monday, September 13, 2010

SUKA & DUKA beraya..


Raya yang menggembirakan, seronok bukan apa best dpt beraya dgn kengkawan, lamanya xberjumpa sejak 2003, time tue plak xda telefon lg mmg lost contact..teringat kata2 ayah kita nie balik kampong ka p ziarah org ka jumpa adik-beradik ka klu bukan sebab nk dpt pahala ziarah baik xyah p, ayah kata mcm tue sebab nk tegur adik lelaki yg xnak balik kampong katanya xbest la, boring la mcm2 lg..biasa la org lelaki klu dh besar nie ada la plannyer..

Dlm dok berseronok tetiba smp la massage ttg kematian seorg sahabat nie, nik hafriez, xkenal mana pun tp ia cukup memberi kesan dlm diri mana tak nyer, dia lebih muda dr ku, sihat lg, msh dlm mood raya n yang paling penting matinya itu dlm keadaan tidor..

Tidor nie kadang2 kita kena beringat sbb takala kita nie tidor sbnarnya kita nie mati sekejap. cuba perhatikan doa bangun tidor di sana disebutkan syukur kita kpd ALLAH kerana membangunkan kita dr keadaan mati sekejap kpd hidup..so lps nie mesti takut nak tidor sbb mana la kita nak tau lps tidor dh xbangun2 lg. Mak & Ayah maafkan dan ampunkanlah anakmu ini untuk kesekian kalinya ( sekitranya aku mati blog nie saja la yg akan dijadikan harta peninggalanku)..

Masih lg mood raya, dh 2 hari raya kat Tobiar, Pendang Kedah. Mmg tiap2 thn raya kat umah tok sblh mak, sblh ayah dh xda kg tp banyak kenangan raya kat kg ayah Kg Paya Lintah, Padang Rengas Perak. Yang bestnya tue kg sblh ayah nie ada air terjun pas tue ada batu hampar mmg best meluncur atas batu tue..dlu kecik2 mmg sakan la mandi kat situ, fuhh..sanggup jalan kaki jauh pukui 10 dh ajak kakak p mandi padahal ya Allah air nya punya la sejuk smp nk beku..org2 kat sna selalu mandi dlm kui 2 mcm tue sbb mmg sejuk maklumlah kawasan bukit pendalaman plak tue. kami org2 jawa nie panggil tokwan& wan sbg bah lanang(tok lelaki) & bah bedok(tok pumpan)..kenanganya byk dgn bah lanang. Ayah kata bapak dia garang sgt tp dgn cucu2 dia nie punya la baik..hehehehe,sian ayah ..

Wednesday, September 8, 2010

MINAL AIDIL WA FAIZIN

adik suka makan bahulu
lodeh pun ada bersama maruku
kenapa la nak malu-malu
jemputlah datang kerumahku

pagi-pagi merebus ketupat
dimakan adik bersama kari
mintak maap klu termengumpat
itu lah kita bila lupa diri

mari beraya sampai utara
beraya sakan bersama teman
beri salam tanda mesra
salah dan silap kita maafkan

akhirya....

adik pakai baju raya
selamat Hari Raya

Monday, August 30, 2010

Pilihan dan memilih


aku mencari dan dicari??
mgkn waktunya sudah tiba tak siapa duga yg penting persediaan mesti ada, yg terpenting kita punya kommitment untk melangsungkan kehidupan. kehidupan akan datang tak siapa tahu mgkn bahagia mgkn derita tp kita kena sentiasa ingat Allah tentunya tidak menzalima hamba-hambanya..

selepas seketika sy merasakan perlu popularizekan blog nie dr hanya menulis kepada berkongsi suka duka bersama kenalan..dlm islam ukhwah bukan setakat dunia shj mgkn suatu hari nnt org yg kita kwn adalah org soleh yg bleh bri syafaat pd kita di akhirat kelak..sebagai perkongsian WELCOME! diucapkan mgkn anda perlu khidmat nasihat @ saling nasihat-menasihati berkunjunglah ke blog sy kerna mgkn inilah khidmat sosial sy untuk sahabat2 semua..(smbg nnt)

Sunday, August 22, 2010

Aku insan biasa

            Siapa yg tidak pernah buat silap, antara beribu2 manusia di bumi ini pasti tak pernah lari dari melakukan silap dan salah tp ALLAH ,tuhan yg maha pengampun boleh memaafkan hamba-hambanya. pernah saya membaca buka karangan tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dlm buka Insan ingatlah! 

            Bagaimana Rasullah senyum smp nampak giginya kerana di perlihatkan 2 org tengah tuduh menuduh di hadapan Allah di akhirat seorg menuntut saudaranya yg menzalimi dirinya di dunia ini untuk terima balasannya..mgkn besar kesalahannya mcm kita la bla dh geram kat seseorg tu mesti dendam smbl kata "kita jmp kat mahkamah Allah nnt". 

           Seterusnya Rasullah menangis plak apabila ditanya sabdanya Allah telah membina sebuah mahligai yg indah kemudian org yg telah dizalimi td ditanya nampakkah ia akan bangunan tersebut katanya "ya tentunya mahligai ini untuk org2 yg soleh dan untuk para sahabat Rasullah" tp kata Allah "tidak ini untuk kamu wahai org yg dizalimi sekiranya engkau mahukan pahala org yg memaafkan saudaranya", mendengar kata2 tersebut terus gembira tak terkata org tersebut terus diarah malaikat untuk membawanya ke syurga..syukurnya dia dpt msk syurga atas sifat pemaafnya dia

         Itulah ALLAH yg maha pengampun dan hamba-hambanya yg mahu memaafkan.AKU MAHU MEMAAFKAN!

Monday, August 16, 2010

di sinilah aku mula mengenal diriku sendiri..keghairahan untk mengenal org lain selain ahli keluarga terdekat. Kongsi cerita time sekolah dlu2 mmg seronok mana tak nyer minda kita lebih terbuka terima org yg lain dari keluarga kita untuk hadir dlm hidup..bukan senang tapi itu lah proses anak2 kecil mengenal diri mereka sendiri...

Tak siapa tahu setiap anak2 yg dilahirkan punya potensi diri..lama xjmp kwn2 lama tup..tup..masing2 dh capai impian n cita-cita sendiri..sekolah rendah dlu lain skrg sume dh memajukan diri, janji usaha shj!

Di awal pagi ramadhan

Perjuangan

"MAN JADDA WA JADA"- SESIAPA YG BERUSAHA PASTI DIA DAPAT

Wah! kejap betul masa berlalu, masa itu pedang, saya memungkinkan diri untuk menulis dari terus ketiduran...

Awal2 lagi saya terus buka radio ikim 'pilihan utama' mana la tau ada isu yg best untuk dibincangkan. 2 hari lepas topik mmg hangit la siswazah 'berpolitik di kampus', pendapat yang jelas siswazah memang patut berpolitik sbb itu menunjukkan kematangan seorang siswazah itu, teringat kata2 seorang pensyarah "seorang itu perlu ada pendirian dlm hidup, dlm negara kita yg demokrasi nie mesti tiap diri tue ada pendirian politik dia baru lah dia tue ada prinsip hidup". sesetengah org kata politik tue kotor itu terpulang pada seseorg bagaimana dia melihat sesuatu itu, dlm islam kita puunya sistem khalifah yag dpt diterjemahkan suatu sistem politik...

Perjuangan yg nk dicerita nie ttg usaha untuk cari rezki halal, usaha..usaha..usaha..itu salah satu jalan jihad untuk halang diri dari kufur. suatu peringatan untuk diri ini rezki itu datang dari Allah n jangan takut/ berputus asa terus..terus..dan terus memintalah pada-NYA, tambah plak skrg nie bln Ramadhan di buka semua pintu2 syurga seluas-luasnya...

Sunday, August 15, 2010

Assalamualaikum..

Aku dan Blog

Bila orang nk ada blog kite pun nk ada blog..nie la penyakit taklid yg serious. Bagiku ini adalah usaha untuk lenyapkan keadaan yg sepi dan sia2. Aku seolah-olah sedang memberi tazkirah bila membloggerkan diri ini (istilah bru).

Sebagai perkenalan untuk shbt2 yg b'kunjung "Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum". Permulaan diri ini dlm dunia blogger tentunya punyai seribu dua kesilapan mohon kita saling nasihat-menasihati dan menegur sekitanya kesilapan ini secara sedar maupun tak sedar :)