About Me

cukuplah ALLAH bgku, ingatlah yg kekal adalh dunia akirat!

Saturday, September 18, 2010

Anak perantau...

Pengembaraan hidup akan bermula mulai esok. Tiada lagi hidup senang-lenang, berdikari adalah konsep yang perlu di praktikkan mulai esok, tidak punya sandaran apa pun tp Allah lah jua tempat aku bergantung. Mulai esok hidup aku akan terus teruji dan mencabar, aku tidak boleh lema kerna di mana ada kemahuan pasti terselit seribu satu jalan. mungkin jalan ini sukar tp cubalah renungkan kembali ramai mereka yg hidupnya susah tp akhirnya mereka berjaya mencapai apa yg dicita-citakan.

Aduhai diri engkau perlu tabah dan sabar,sabar dan sabar. Jalan yg aku lalui mulai esok memang sukar dan menakutkan tp aku cuba menongkah arah mencari sinar baru dlm hidup. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu success akhirnya...yeah! Insyallah.



Duhai mak & ayah, izinkan aku pergi mencari rezeki dan belajar mengerti kepayahan tp bla aku terasa payahnya mencari rezeki sokong lah aku dan doa mu amat dan teramat bernilai. sekiranya aku hidup untuk manusia tentulah aku sudah mati tetapi hidupku ini untuk Allah.

Akhirnya, maafkan dan terima kasih sahabat2 yg sentiasa mahu bersama2 di jalan ini yg sentiasa membantu, moga mereka sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.Amin..

No comments:

Post a Comment